Khamis, 27 Jun 2013

Nasihat Untuk Kebahagian Anak.




Daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasullullah SAW, maka dia berkata: "Wahai Rasullullah, siapakah yang lebih berhak untuk saya berbuat baik kepadanya?" Sabda Baginda SAW "Ibumu." Dia bertanya: "Kemudian, siapa?. Sabda Baginda: "Ibumu." Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa?" Sabda Baginda: "Ibumu." Dia terus bertanya lagi: "Kemudian siapa?" Sabda Baginda: Bapamu." 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim, rujukan: Muhammad Abdul Aziz al-Khuli, Al-Adab Al Nabi, Dar al Fikr, Cairo: 110)

Sabdanya lagi: "Buatlah baik kepada orang tua kamu, kelak anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu."

"Syurga itu dibawah tapak kaki ibu."

Berdasarkan hadith ini dapat difahamkan, bahawa seseorang anak yang ingin masuk ke syurga, maka dia hendaklah menghormati dan memuliakan ibunya serta taat kepadanya asal bukan perkara yang menyalahi aqidah dan syarak.

Sabda Nabi SAW lagi: "Sesiapa berbuat baik kepada ibubapanya, sungguh dia berbahagia, Allah akan tambahkan umurnya (dan apabila umur bertambah, maka rezekinya pun diluaskan)>"
(Rujukan: Al-Fath Al-Kabir 2:175).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan