السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
TAZKIRAH UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
Maksud Istidraj Dalam Kehidupan
Istidraj adalah segala bentuk pemberian & nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya & sebagai fitnah kepada yg menerimanya.
Rasullulah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Manusia yang istidraj ialah manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayangi dirinya. Mereka memandang hina kepada orang lain yang beramal sholeh. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya dengan sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan jenis semut, lalu Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul’Ibad)
CONTOH : Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau kayu atau merayap di celah-celah pokok di bawah tanah, tetapi jika Allah hendak membinasakan anai anai tersebut, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT.
Buktinya, Firaun. Allah memberi Nikmat tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah, kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Oleh kerana itu, sakit & penyakit serta kesusahan hidup, kadang--kadang dapat menyedarkan manusia dari kelemahan diri.
Tidak ada manusia hari itu sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, belum tentu. Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Dengan kekayaannya. Bahkan semua harta yg tertimbus dibawah bumi di namakan harta QARUN.
JADI, jika kita kaji dan fikir serta muhasabah betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah nikmat yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Dengan sikap Sombongnya, Zalimnya, Sifat Kedekutnya, serta Cintanya Kepada Dunia yg di milikanya. Olek kerana itu Untuk apa hidup dengan kuasa besar serta kemewahan kita pada hari ini, kalau tanpa keredhaanNya?
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang kita perolehi nikmat yang diredhai Allah atau istidraj? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahhu a’lam - Doakan ana dapat istiqamah memberi tazkirah pagi ini.
Wassalam
Dipetik dari Ust Sihabuddin Muhaemin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan