Perihal Selipar di Tanah Suci.
Assalamualaikum.
Pada tahun 2004, saya berpeluang buat pertama kalinya untuk menjejakkan kaki di tanah suci Makkah. Alangkah gembiranya rasa dihati. Saya pergi bersama dengan isteri saya didalam kumpulan seramai 30 orang. Kumpulan kami ditempatkan di Hotel Makkah iaitu berseberang jalan dengan Masjidil Haram. Hotel itu kini telah dirobohkan kerana projek pembesaran Masijidil Haram sekarang ini.
Saya selalunya akan masuk ke Masjidil Haram melalui pintu Babul Umrah iaitu pintu terdekat dengan hotel kami. Disebelah kiri dan kanan pintu tersebut ada terdapat rak kayu untuk para jemaah meletak selipar.
![]() |
| Babul Umrah |
Pada satu hari tu, saya seperti biasa masuk ke Masjid melalui pintu yang sama dan meletakkan selipar saya dirak kayu dikiri pintu. Apabila sampai didalam Masjid, saya pun terus melakukan ibadat seperti kebiasaannya. Apabila tiba masa untuk balik, saya terus menuju ke rak tempat letak selipar. Saya tengok rupanya selipar saya dah tak ada. Selepas difikir balik, saya memang confirm, diruang itu lah saya letak selipar saya.
Nampak gayanya, balik berkaki ayam lah kali ni. Tetapi terlintas dihati saya mungkin saya ada melakukan kesalahan ketika di dalam Masjid tadi dan ini merupakan balasan Allah kepada saya. Dengan serta merta saya masuk balik kedalam Masjid dan solat taubat memohon ampun dan taubat dari Allah. Saya berdoa kehadrat Allah sambil memandang Kaabah yang indah supaya Allah mengampunkan dosa saya dan jika baik untuk saya biarlah saya dapat balik selipar saya tadi supaya saya tidaklah pulang kehotel berkaki ayam ditengah panas yang terik, In Sya Allah.
Setelah selesai bersolat taubat saya pun memulakan langkah kembali menuju kerak selipar tadi. Hati dan jiwa saya penuh dengan harapan dan berdoa kepada Allah. Dengan rasa penuh syukur terhadap kurniaan Allah, saya telah dapat jumpa balik selipar saya tadi di rak yang saya letak tadi. Walaupun pada permulaannya memang saya tak nampak langsung. Alhamdulillah, saya telah merasa sendiri keagungan dan kekuasaan Allah.
Syukur Alhamdulillah pada segala nikmat yang telah dikurniakan ya Allah.
.jpg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan