Kuliah maghrib di masjid At-taqwa, Bertam Indah. Tajuk kuliah, "Mizan dan Sirat" oleh Ustaz Wadi Annuar.
Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama, sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar. Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana? Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tak ada pokok, tak ada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bila makaikat Israfil tiup sangka kala pada pertama kali. Kali kedua malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga. Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar. Rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. Lalu dijawab Rasulullah saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri. rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat Munkar dan Nakir. Bila sampai di mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. Jawab nabi Adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi Nuh, Musa, Isa, dan Ibrahim tetapi mereka semua hanya berdoa keselamatan diri masing-masing. Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.
Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta kepada Allah awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita aje, dek padatnya manusia pada hari tu.
Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari arash. Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah panggil seorang-seorang untuk dihisab. Sebelum Allah mula menghisab, Allah akan menyuruh kita membaca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Tak ada satu pun tertinggal. Lepas habis baca Allah akan tanya kita 3 soalan.
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2)
3) Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula-mula bangun adalah anak isteri keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, etc. Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa dibagi kepada mereka. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).
Kepada yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak affect diri kita sorang, tetapi affect jugaa orang-orang yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki serta suami. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.
Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti. Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.
Yakinkah kita tergolong dalam golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang. Bukan jugak simply boleh masuk dengan baik sorang-sorang, jadi jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti. Amin.
Nasihat Ustaz Azhar Idrus
Utk perkongsian:
Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)
Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)
Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28)
Ketika kita mengeluh:
“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."
ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)
Ketika kita mengeluh:
“ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..."
ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”
(Al Ghafir : 60)
Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”
ALLAH menjawab:
ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita "
(At Taubah : 40)
Jgn byk mengeluh . Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa...
Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa.
Sekian terimakasih.
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan