Rabu, 16 April 2014

Keikhlasan Dalam Hidup

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ,

الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاه

TAZKIRAH UNTUK RENUNGAN BERSAMA.

Keikhlasan Dalam Hidup.
 

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ : صَدَقَةُ السِّرِّ تُطْفِئ غَضَبَ الرَّبِّ
(  شعب الإيمان ( 3442 ) صحيح الجامع ( 3760 ).
“ Sedekah secara rahsia itu memadam kemurkaan tuhan ( Allah )”
Penjelasan :
Wahai saudara-saudaraku yang beriman, semoga kita semua dirahmati Allah. Semoga kita semua dianugerahkan hati yang ikhlas dalam beramal dan melakukan kebaikan. Ikhlas tu penyebab segala amal kita diterima Allah. Sehingga ia boleh menghindarkan kita dari kemurkaan Allah. Berapa ramai orang yang beramal tetapi amalannya sia-sia kerana tidak ihlas.
Salah satu cara untuk kita menjaga hati kita agar ikhlas ialah dengan cara menyembunyikan amal atau kebaikan yang dilakukan terhadap orang.
Sekilas kisah salafuna as-Soleh dalam menyembunyikan amal :

Penduduk Madinah tidak mengetahui siapa yang selalu memberi makanan kepada mereka. Tatkala ‘Ali bin Al Husain meninggal dunia, mereka  tidak lagi mendapatkan kiriman makanan setiap malamnya. Di belakang Ali bin Al Husain terdapat bekas hitam karena seringnya memikul karung yang dibagikan kepada orang miskin Madinah di malam hari. [Hilyatul Auliya’, 3/135-136]
Muhammad bin Manshur berkata, "Kami berada di majlis Imam Bukhari. Tiba-tiba seorang mengambil suatu kotoran dari janggutnya, dan melemparkan ke lantai. Aku melihat Imam Bukhari melihat kepada orang itu dan kepada orang ramai. Ketika orang ramai lupa dari hal itu, aku melihat beliau (Imam Bukhari ) mengambilnya dan menyembunyikannya di balik lengan bajunya. Dan ketika keluar dari masjid, aku lihat beliau melemparkan kotoran itu ke tanah." (Shifatus-Shafwah IV/148)
Jika salah seorang dari generasi tabi'in tidak mampu berlagak sakit untuk merahasiakan air matanya, ia berdiri sebab bimbang air matanya di ketahui orang ramai. Imam Hasan Al-Bashri berkata: "Seseorang duduk di satu tempat. Jika air matanya keluar, dia menahannya. Jika dia khawatir air matanya tidak dapat dibendung, dia berdiri ( beredar )". (Az-Zuhd, Imam Ahmad: 262)
Peringatan :
Perbuatan para salafuna as-Soleh menyembunyikan amal adalah kerana ingin mengelak diri dari sifat-sifat terkeji yang menghapuskan pahala amalan iaitu riyak, Sum’ah, ujub dan sebagainya yang boleh mengundang kemurkaan Allah dan menjauhkan kita dari rahmat dan kasih sayang Allah. Berkata Abu Hazim Salamah bin Dinar :
أَخْفِ حَسَنَتَكَ كَمَا تُخْفِي سَيِّئَتَكَ, وَلاَ تَكُنَنَّ مُعْجَبًا بِعَمَلِكَ, فَلاَ تَدْرِي أَشَقِيٌّ أَنْتَ أَمْ سَعِيْدٌ
“Sembunyikanlah kebaikan-kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan keburukan-keburukanmu, dan janganlah engkau kagum dengan amalan-amalanmu, sesungguhnya engkau tidak tahu apakah engkau termasuk orang yang celaka (masuk neraka) atau orang yang bahagia (masuk surga).” (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman no 6500).  
Kesimpulan :
Wahai saudara-saudaraku yang dikasihi. Marilah kita berusaha mencari redha Allah dengan berikhlas dalam amal. Apa yang dinyatakan dalam tazkirah ini adalah kelebihan menyembunyi amal kerana lebih mudah menjaga hati sekalipun menzahirkannya bukanlah kesalahan sekiranya dapat menjaga keikhlasan hati. Firman Allah :
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
“ kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka Yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh Yang baik). dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa Yang kamu lakukan.” ( QS al-Baqarah : 271 )
Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat , agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat… Aamiin.!!!
Wallahu a'lam.
Doakan Istiqamah.
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan