السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
KEMULIAAN BERSAHABAT
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَمَن وَالَاهُ
Firman Allah :
لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِيْ الْأَرْضِ جَمِيْعًا مَا أَلَّفْت بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَلَكِنَّ اللهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ
“Walaupun engkau membelanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi niscaya engkau tidak dapat menyatukan hati mereka, akan tetapi Allah-lah yang telah menyatukan hati mereka” (QS Al-Anfal:63)
Penjelasan :
Wahai saudara-saudaraku yang dikasihi!, semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita kerana dengan rahmat itulah Allah menyatukan hati kita. Walau dari keturunan yang berbeza, daerah yang berbeza, adat dan budaya yang berbeza kita disatukan atas nikmat iman dan islam. Hakikatnya rahmat Allah lah yang menyatukan kita sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing, suka dan duka dikongsi bersama. Semua itu adalah rahmat dari Allah dan nikmat yang besar anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya yang beriman agar mereka terselamat dari jurang neraka
Firman Allah :
فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتٌمْ عَلَى شَفَى حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا
“Lalu menjadilah kalian karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara, dan kalian dahulu berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kalian darinya” (QS Ali ‘Imron 103)
1) Ia sifat orang yang beriman : Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
المؤمن يألف ويؤلف
“ Seorang mukmin itu bersahabat dan didampingi sahabat ”
( HR At-Thobroni dalam Al-Mu’jam Al-Awsoth 6/58 no 5787 )
2) Pertemuan dua sahabat menghapuskan dosa .Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن البراء قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا
“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)
3) Beroleh naungan Arasyh Allah, dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa di hari akhirat kelak Allah akan berseru :
أيْنَ الْمُتَحَابُّوْنَ بِجَلَالِي, الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِيْ طِلِّي يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّي
“Dimanakah orang-orang yang saling mencintai karena Aku, maka pada hari ini Aku naungi mereka dibawah naungan-Ku, di hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Ku” ( HR Muslim (2566))
4) Persahabatan itu jaminan untuk kita beroleh kasih sayang Allah. Dalam sebuah hadis dinyatakan : Allah s.w.t. berfirman:
عن النبي صلى اللهم عليه وسلم يرفعه إلى الرب عز وجل قال حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في وحقت محبتي للمتواصلين في
“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)
Kesimpulan :
Wahai saudara-saudaraku yang dikasihi!, rebutlah peluang untuk beroleh rahmat dan kasih sayang Allah dari persahabatn ini. Kukuhkanlah persaudaraan ini dengan perasaan belas , mahabbah ,ikram dan sedia memaafkan. Persiapkan dirimu untuk bersahabat sebelum terlambat.
Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat , agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang Berjaya dunia dan akhirat…jadikanlah kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang bersahabat dalam taqwa dan taat bukan bersahabat dalam murka dan maksiat…Aamiin.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ,
والعفو منكم
وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ,
والعفو منكم
Doakan istiqomah
Wassalam.
Wassalam.
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan